
ButterCream Icing recipi
Assalamualaikum
- Resipi untuk buat icing cupcake atau kek.
Bahan-bahan ( utk kek dlm 20cm atau 30 pcs cupcakes )
- 1/2 cwn shortening
- 1/2 cwn butter
- (kalau nak warna putih, guna 1 cwn shortening, tak perlu butter)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 4 cwn gula icing (ayak)
- 2 sudu besar susu segar atau air. (Kalau guna susu segar, kena pastikan kek disimpan dalam peti sejuk dan dimakan segera. Kalau nak tahan lama, guna air sahaja pun boleh)
Cara-cara
- Pukul shortening hingga kembang. Masukkan butter dan pukul lagi sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul dengan kelajuan perlahan.
- Masukkan gula icing sedikit demi sedikit sampai habis dan pukul lagi sampai gebu. Lepas tu masukkan susu segar atau air tadi. Pukul lagi sampai gebu dan putih.
- Masukkan pewarna (guna pewarna serbuk) dalam bekas berasingan jika perlu.
The End :) Cer korang try.